Unprivate Diary

DIY: Moisturizing Lip Balm! Buatan sendiri ❤
Saturday, 9 November 2013 . 0 word(s) .
Bibir kering dan pucat ?
Bibir kering ? Ohhh No, sudah lah dilanda dengan musim jerawat. sekarang, Bibir kering datang bertandang pulak. Hmmm, nasib nasib. Bibir kering ni bukan something yang menyeronokkan. Untuk mengatasi masalah bibir kering, Korang mestilah pakai lip balm right ? Tapi ada separuh manusia yang jenis kedekut. So tips ni sesuai untuk orang yang jenis kedekut. Homemade katanya~ Let's Started Babeh :3

So sebelum kita mulakan Diy ni. Jom kumpulkan semua barang yang diperlukan untuk membuat lip balm HomeMade~ First korang perlukan :
1)Vaseline













2)Lipstick











3)Sudu














4)Senduk besi













5)Botol kecil 









6)Toothpick













Okay semua benda yang diperlu sudah disediakan. Jadi Kepada adik adik bawah 12 tahun yang nak buat lip balm homemade ni. Sila pastikan ibu bapa atau penjaga ada ketika membuat resepi yang lazat ni (Wkwkwk... macam bahaya sangat pulak ><) So, Jom kita mulakan.

Langkah-langkah dia senang je. First korang ambil vaseline, kira kira separuh sudu (Mengikut keperluan) Kalau nak lebih pun boleh. Mengikut kehendak masing-masing Tuan tuan dan puan puan sekalian. lepas dah mengambil vaseline separuh sudu, salin ke senduk besi pula. Jadi macam ni
 |
 |
 v










tapi kalau korang nak lip balm tu sikit je. Guna sudu macam dalam gambar tu pun boleh. Kalau nak banyak letak dalam senduk besi. Faham ? Faham takkkkk ? Lol minta maaf ._. Lepas tu letak lipstick sikit . sikit je tau. Kalau nak warna dia lembut . tapi kalau nak menyerlah sila letak banyak banyak . Setelah selesai mencampur adukkan. pergi dekat dapur korang. Panaskan senduk yang berisikan vaselin berserta lipstick itu tadi bila dah mula cair gaul mengunakan toothpick .Warning, sila berhati hati . Apabila sudah selesai digaul, salin ke dalam bekas kecil or botol apa apa lah yang korang nak . Selepas itu, letak kedalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih. Bila dah keras, akhirnya lip balm buatan sendiri korang dah siap . Tadaaaaa. dum.. dum.. dum.. dumm.. (Bunyi drum) So korang dah boleh pakai lips balm Homemade korang :D
Selesai sudah Tutorial yang pertama dalam blog aku . Yeahhhh . Lepas ni mungkin aku akan update tentang Tips atau tutorial . Setiap hari. Ulang Suara......SETIAP HARI . Kecuali aku tak ada dekat rumah atau pun Ada hal yang mustahak perlu aku lakukan pada hari itu. Okay lah . itu sahaja . Aku Minta maaf jika aku ada tersalah cakap atau tersalah taip. Salam Sayang Kepada Semua Pembaca Blog Aku. Stay support My Blogger. Kamsahamnida. Tata guys~ 


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post